Lately aku quite busy dengan assingment plus fokus untuk stpm nii haa. Ape ko ingat masuk form 6 ni study mcm budak form 1 ke? Thap stress tu smpai dalam seminggu tu mesti rasa nak berhenti sebab penat. Tapiiiiiiiiiiiiiiii banyak kebaikan form 6 ni.. Haaa so sekarang aku akan share ngn hadik hadik yang bakal dapat result spm kurang seminggu lagi kan tak silapp. Aku memang recommend sangat form 6 ni sebab memang peluang untuk masuk U untuk sambung Ijazah tuu memang cerah laa.
Okay jap aku senaraikan kelebihan-kelebihan sambung ke tingkatan 6.
KEBAIKAN
- Sudah boleh berpakaian bebas/casual. (Mula tahun 2016 sudah dikeluarkan pekeliling oleh kerajaan. So jangan takut ada sekolah yang tak bagi pakai ke apa ke. )
- Yuran persekolahan yang sangat murah ( High School hanya bayar untuk t-shirt rasmi dan yuran PIBG shj rasanya. Tak sampai RM300 pon.)
- Boleh pilih sekolah ( Pilih yang paling dekat dengan rumah korang lah ye)
- Boleh memandu kereta atau mengunggang motosikal. (Tak perlu tinggal di asrama, nak pergi kelas tak payah jalan kaki jauh, naik bukit, turun bukit, redah panas.. sampai2 depan kelas habis mekap cair boleh buat bubur.)
- Guru yang berpengalaman. (Hanya guru yang diiktiraf sahaja boleh mengajar tingkatan 6, tak ada cikgu yang bidan terjun atau nurse terbang ye, semua sudah sangat professional sebab sangat lama mengajar).
- Peperiksaan yang tersusah dan diterima hampir di seluruh dunia. (STPM merupakan salah satu peperiksaan yang paling susah di dunia, tambah2 apabila yang ditukarkan kepada sistem semester)
- Senang hendak masuk ke universiti. Hanya perlu pointer CGPA 2.8 minimum. (Bukan setakat dapat ponter rendah boleh masuk, siap ada kuota untuk lepasan STPM tau)
- Standard Tingkatan 6 setaraf A-Level (Kalau sesiapa teringin nak sambung degree di overseas yang paling dekat iaitu Singapore, lepasan STPM diterima disana).
- Sijil STPM laku dan boleh dijadikan medium untuk mencari pekerjaan.(Matrikulasi sijil kurang diterima dalam pasaran sekarang kerana sijilnya tidak diiktiraf oleh JPA).
But, tetap ada jugak keburukan yaaa adik adik sekaliann..
KEBURUKAN :
- Suasana yang sama seperti dahulu. (SEKOLAH)
- Kurang glamour. (korang nak belajar ka nak glamour?)
- Banyak PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) atau kita panggil assingment.
- Tak boleh lari presentation. Contoh, Selepas buat PBS Pengajian Am, kena buat presentation (Semester2)
- Kena belajar bersungguh2, tak boleh main2. Sebab exam masa semak kertas soalan mmg sangat strict.
- Nampak ambil 4 dan 5 subjek macam sikit, tapi dia punya silibus mmg panjang nak gila. Belajar ekonomi masuk sampai akaun, belajar akaun masuk sampai mathematics..
Subjek Tingkatan 6 :
- 900 Pengajian Am
- 910 Bahasa Melayu
- 911 Bahasa Cina
- 912 Bahasa Tamil
- 913 Bahasa Arab
- 920 Literature in English (Sastera Bahasa Inggeris)
- 922 Kesusasteraan Melayu
- 930 Syariah
- 931 Usuluddin
- 940 Sejarah
- 942 Geografi
- 944 Ekonomi
- 946 Pengajian Perniagaan
- 948 Perakaunan
- 950 Mathematics S (sekarang Mathematics M)
- 954 Mathematics T
- 956 Further Mathematics T (This subject closed already)
- 958 Computing
- 960 Physics (Fizik)
- 962 Chemistry (Kimia)
- 964 Biology (Biologi)
- 966 Sains Sukan
- 970 Seni Visual
Sukatan Subjek Mathematics:
Mathematics M
- Algebra and Calculus
- Statistics
- Financial and Decision Mathematics
Mathematics T
- Algebra and Geometry
- Calculus
- Statistics
Further Mathematics (CLOSED)
- Discrete Mathematics
- Alegebra and Geometry
- Calculus
Gred STPM:
Gred kertas | Gred mata pelajaran | Nilai gred subjek (SGP) | Markah (%)[6] | Status |
---|---|---|---|---|
A | A | 4.00 | 80 - 100 | Lulus penuh |
A- | A- | 3.67 | 73 - 79 | Lulus penuh |
B+ | B+ | 3.33 | 67 - 72 | Lulus penuh |
B | B | 3.00 | 60 - 66 | Lulus penuh |
B- | B- | 2.67 | 53 - 59 | Lulus penuh |
C+ | C+ | 2.33 | 47 - 52 | Lulus penuh |
C | C | 2.00 | 40 - 46 | Lulus penuh |
C- | C- | 1.67 | 37 - 39 | Lulus sebahagian |
D+ | D+ | 1.33 | 33 - 36 | Lulus sebahagian |
D | D | 1.00 | 30 - 32 | Lulus sebahagian |
F | F | 0.00 | 0 - 29 | Gagal |
Setakat ni jee dulu. nanti i update agi. bye gaisss
hi, nak tanya subjek wajib ade ke? seperti bm? . saya pelajar form 5 nak weigh in option for after spm
ReplyDeletehi dear. subjek wajib pengajian am. Setiap skolah berbeza subjek yang ditawarkan.
Deletehi,muet mmg wajib ambil ke?
ReplyDeleteMUET wajib
Delete